LATIHAN TINGKATAN DUA
1 a) Apakah maksud kecemerlangan diri bagi seorang murid?
b) Nyatakan dua cara untuk memperoleh kejayaan.
c) Namakan dua orang tokoh cemerlang yang anda kagumi.
d) Nyatakan sumbangan yang telah diberikan oleh tokoh-tokoh tersebut.
2 a) Pada pendapat anda, apakah tujuan mengadakan hari keluarga ini?
b) Cadangkan aktiviti-aktiviti yang sesuai diadakan pada hari tersebut?
c) Apakah kebaikan menjalankan aktiviti keluarga?
3. Salina merupakan murid yang cacat anggotanya. Walau bagaimanapun, dia ialah
antara pelajar cemerlang di sekolahnya. Namun, Wani dan rakan-rakannya sering
mempersendakan Salina. Mereka cemburu akan kejayaan yang dicapai olehnya.
a) Adakah tindakan Wani itu wajar?
b) Apakah yang seharusnya dilakukan oleh Wani?
c) Nyatakan tiga cara menghormati hak orang lain.
4. Nyatakan faktor-faktor yang menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang
harmoni.
5 a) Apakah punca-punca berlakunya kegiatan jenayah dalam kalangan
remaja?
b) Nyatakan cara-cara untuk membanteras jenayah yang semakin berleluasa ini.
c) Apakah tanggungjawab anda dalam menjaga keselamatan diri dan kesejahteraan
masyarakat?
d) Namakan badan-badan yang bertanggungjawab menjaga keselamatan masyarakat
dan negara.
6 a) Namakan satu contoh permainan tradisional?
b) Nyatakan dua jenis permainan tradisional yang lain?
c) Apakah tujuan permainan ini?
d) Bagaimanakah cara-cara untuk mengekalkan warisan ini?
7 a) Berikan konsep pilihan raya?
b) Terangkan proses-proses pilihan raya dengan jelas dan betul.
8 a) Nyatakan dasar kepimpinan Perdana Menteri ke-5, Y.A.B Datuk Seri Abdullah
Ahmad Badawi dari segi
(i) dasar luar negara
(ii) ekonomi
(iii) sosial
Selamat Mencuba. Anda boleh merujuk buku teks atau nota Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan yang dibekalkan di dalam kelas. Jawapan anda bebas asalkan bersesuaian dengan tajuk.
:: Sumber: Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan Dua, 2008, Alaf Ta ::