Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat. Sering dimainkan pada waktu lapang.Permainan ini kebiasaannya dimainkan oleh kanak-kanak perempuan sama ada secara individu atau berpasangan. Ia dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih.Biasanya ia menggunakan guli kaca, biji getah, ketul batu yang kecil atau ketulan-ketulan objek lain berbentuk bulat. Bilangan yang biasa digunakan ialah sebanyak tujuh biji.
Objek-objek ini dikenali sebagai buah di dalam permainan Batu Seremban ini. Terdapat beberapa peringkat atau cara bagi sambutan buah secara berperingkat. Bermula dengan peringkat pertama yang mudah iaitu dengan menggunakan sebiji buah yang dinamakan sebagai buah satu sehinggalah kepada peringkat lebih tinggi atau peringkat yang teratas yang dinamakan buah tujuh.
*********************************************************************************
0 comments:
Post a Comment